Monday, October 14, 2013

Jungle Trekking@Lata Kijang, Jelebu


Dua minggu berlalu, baru hari ni berkesempatan nak kongsikan aktiviti yg kami buat pada 29 September 2013. Seperti perancangan asal, kami teruskan plan ke Lata Kijang yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.

Sedikit info - Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu. Kira-kira 45km dari Pekan Kuala Klawang. Berketinggian 80 meter, Air Terjun di Lata Kijang ni merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia.

Kami sampai di checkpoint pertama jam 8.30 pagi.

Sjn Umi (Tudung Coklat) dah siap bawa bekal untuk anak-anak katanya. Hehe..tq so much kak. kami bersarapan ala kadar sebelum memulakan perjalanan.


















Kebiasaannya, pengunjung akan menggunakan kenderaan 4WD untuk sampai ke Air Terjun Lata Kijang ni, kami hanya menaiki 4WD hanya dari checkpoint pertama hingga ke-dua sahaja.

















Sementara menunggu En.Mat menghantar anak-anak kecil yang ikut serta ke checkpoint ke-2, kami melangkah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Hilang segala tekanan yang membebankan apabila dapat menghirup udara segar dan menjamu mata dengan pemandangan yang sangat-sangat menarik.




























Beberapa kali kami terserempak dengan orang asli membawa hasil hutan.

































Salah satu rumah orang asli yang kami jumpa di awal perjalanan..



Hampir 20 minit berjalan kaki, 4WD En. Mat sampai untuk membawa kami pula.


















Kami berkumpul di Checkpoint ke-2



Jam 9.45 pagi kami melangkah menuju ke destinasi seterusnya.








































Jernihnya air

























Kepenatan



























Anak kecil yg baru berumur 4 tahun ni la jd pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan. tq yaya, kamu jd sumber inspirasi kami ^_^



Hampir 3 jam berjalan kaki, akhirnya kami sampai..Subhanallah..cantik sungguh ciptaanmu Ya Allah... 














































































Setelah berehat hampir sejam, kami mula melangkah meninggalkan Air Terjun Lata Kijang untuk ke destinasi seterusnya.















































Mungkin nasib kami baik kali ni, ketika perjalanan pulang, kami dihalangi dengan pokok tumbang di pertengahan jalan. syukur kami tak menaiki 4WD hingga ke Air Terjun Lata Kijang. Sempat kami berposing di sisi kenderaan 4WD yang terpaksa ditinggalkan untuk mengambil pelancong dari Singapura yang kami jumpa di Air Terjun tersebut.

Belakang tu pokok tumbang

















Alhamdulillah, kami sampai di destinasi terakhir (Jeram Kekabu) untuk menjamu selera. 

Port terakhir kami















Muka keletihan















Seronok dapat air
BBQ Time






















Ikan apa ni?
Ikan apa ni?
Pengalaman yang berharga dan sangat-sangat berbaloi. tiada yang mampu diungkap selain memuji keindahan alam ciptaan tuhan yang maha esa. Syukur Ya Allah, berikan kami kesempatan ini.